Tuesday, 15 May 2012

Assalamualikum warga bloggers.. harap smua shat sjahtera.. 

ke hadapan arwah nenek dan atuk yang tersayang,
maafkan ila sebab lama sudah tidak sedekahkan Al-fatihah buat kalian,
lama sudah tidak mendoakan kesejahteraan kalian di alam sana,
apatah lagi sudah lama tidak menyentuh kalam Allah untuk menyedekahkan kalian bacaan Yassin.. 
maafkan cucu kalian ya,.. padahal diri ini tahu bahawa kamu menatikan setiap doa dari kami yang masih hidup.. dan diri ini tahu bahawa setiap bacaan Yassin yang disedekahkan akan memudahkan dan membantu kalian disana... 
maafkan ila nek, atuk..

rindu pada kamu semua yang telah tiada .. :`(
atuk, sejak atuk tiada,
sunyi rasanya bila pergi ke rumah atuk,
sudah tiada susuk seorang lelaki yang kurus,
yang suka meluangkan masanya dibawah kolong rumah..
walaupun atuk dah lama pergi,..
Ila masih sangat rindukan atuk... 

Nek, pemergian nenek dua tahun lepas seakan masih baru bagiku..
tiada lagi orang yang ingin ditemankan setiap hari ahad ke pasar untuk buat pemeriksan darah,
setelah nenek pergi, raya kami sudah menjadi berubah,
kalau dulu pakcik,makcik,dan cucu nenek yang lain semua beraya bersama, 
berkumpul di rumah kita sebab nenek kan ada.. 
tapi sejak nenek pergi meninggalkan kami,
semua beraya ditempat masing masing.. 
tak best kan nek.. 

"ya Allah, saya merindukan mereka, ampunkanlah dosa mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang orang beriman, terimalah segala ibadah mereka selama mana mereka hidup.. Amin Ya Rabbal Alamin"

salam kerinduan dari ila


No comments:

Post a Comment