Sunday, 4 September 2011









Adam
ku,
Kau

sebenarnya imam

dan aku makmum mu

kerana kau adalah ketua. Jika kau

benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, maka lalailah aku.
Wahai
Adam, kau
punyai kelebihan akal,
manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9,
nafsumu 1. akalku 1, nafsuku
beribu-ribu. Oleh itu Adam,
pimpinlah tanganku
kerana aku sering lalai dan lupa,
sering tergelincir
ditolak nafsu dan

konco-konconya.

Adam ku,
Aku suka kalau kau

mengimami solatku pada setiap waktu.

Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka
kalau kau

bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya
Rabbi.
Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku
Yaasin dan

memahami al-Quran. Kau ajarlah aku

mengalunkan kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan
padaku
tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan
amar ma’ruf
dan nahi
mungkar.

Adam ku,
Ajari aku agar
menjadi
isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca

lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.

Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh
padamu setiap waktu. Tolonglah
aku Adam
agar aku tidak beku.
Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatkanlah aku daripada seksa api
neraka yang tidak tegar aku tanggung.
Pimpinlah aku menuju nur al-jannah.
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon
srikandi solehah. Bantulah aku dalam
menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat
menjadi secerdik Aisyah Humairah
Rasulullah, setulus hati dan kasih
laksana Siti Khadijah,
sezuhud dan
sepatuh Rabi’atul
Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,
seikhlas dan

semurni hati Halimatul Sa’adiah dan
segagah dan
seteguh Nailah
Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah
membela Khalifah Allah.
Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan
terindah hidupmu
Adamku.




No comments:

Post a Comment