Wednesday, 30 November 2011

kadang cuti ini membosankan~

Assalam to all reader... salam maal hijrah..smoga maal hijrah kali ni dapat la kita membuat perubahan ya yong :)
ok2.. mari kita cerita2 pasal cuti ni... yeah..cuti!!! semua org suka kan... tmasuk diri ini... uisehh~

tapi yalaa.. kalau cuti da lama sangat naik bosan juga kan..kan..kan... rasa rindu pulak nak jalan kaki hari2 pg kelas.. haahaa.. walaupun kami sekelas selalu lambat... aigoo... tak patut.. tak patut... btw.. imissallmyclassmate... tak lama lagi kita jumpa kan.. ryndu pulak mau lepaking ma korg d KS.. wpun tak selalu.. n aku slalu mhilang mcm chipsmore.. tpi itulah saat2 indah dunia remaja kan.. alam pembelajaran dan dunia persahabatan :)


cuti kali ni lebih kurang tiga minggu jer... hee.. tak sabar nak mula sem baru..dgn azam yg baru ok...!! oyaaa... cerita pasal cuti ni,  sy takda la buat apa2 sgt..duk rumah jak.. tgok tv.. then bntu mak jual ubi.. ubi goreng kari golek... hee... sedap.. wpun jual scara kecil kcilan jak.. tpi ramai juga la org yg dtg mbeli.. kadang tu sy la jdi tukang gorengnya... lumayan juga la.. drpd takda krja kan.. hee... :P


mcm ni la rupa ubi goreng kari golek tu.. ubi goreng yang digolek dgn kari... 
mari2.. beli.... 

tapi...bosan juga ok... wlaupun ada kerja... huu... mau balik poli!! 
mau sibukkan diri ba... bosan.... 
grrr... bgitula crita yg bosan..dri org yg bosan... 
agak merapu sdikit macam ikan kerapu.. haahaa... :0


ok la..semakin panjang entry ni mknanya semakin byk lah ikan kerapu tu... haha...


 Assalamualaikum... 



Friday, 25 November 2011

merawat hati yang luka..

Merawat hati yang luka dengan secepat mungkin adalah penting untuk seseorang yang sedang mengalaminya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terus hidup di dalam tekanan dan mungkin boleh mencetuskan satu tindakan yang diluar kawalan. Sememangnya ia mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Ianya terpulang kepada diri anda sendiri untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk merawat hati yang luka ini.
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami.
Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.
Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.



Wednesday, 23 November 2011

pilihan cinta..

Assalam to readeresss,blogeress,stalkeresss....ok hari ni kita bicara soal cinta.. tpi sya malas nak bkata-kata,,,,biarlah gmbr2 d bwh ungkapkan sgalanya... 


 best kan klu cinta mcm ni... hngga ke akhir hayat .. <3


<3
<3
<3


 masih ada kah lagi lelaki yg menjaga cinta seperti lelaki di atas ni...
snggup setia hnggga ke tua.. 

<3
<3
<3



 it's true.. 

<3
<3
<3



okey..this is about my condition of love right now.. 

love is hurt for me... &
love is hard.... 
so will still single untill i meet the right person 

<3
<3
<3

 i'm waiting for you mr. kaf.... tpi jodoh prtemuan d tangan Tuhan..
hanya bserah kpadanya... 

<3
<3
<>

.....better single than you love the man like this...!!

Friday, 18 November 2011

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis? Jawabnya: Kerana wanita itu unik. Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa, AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya, AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah, AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun, AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi.. Wanita makhluk kuat, Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. ♥ ♥ ♥


marketing.. i love you..

Assalam to all blogeresss... how your final?? jeng3... me? huhh.. sem ni ada tiga paper jak..
 travel agency.. already done.. and front office.. ohh my Allah.. tnsion bila ingat psal front office.. pnyala susah..takut owh klu xdpt pass.. cm mna la tu.. klu repeat sbjek mmg mganggu whole smester.. nauzibilla.. harap2 tidak mgulang la kan... ;(


oyaa.. mau crita ni pasal marketing... wow.. ilikeit.. (not actually) .. pnya la byk mau dpelajari,dfahami n dhafali rupanya,,.. subjek killer btul la.. hee.. tpi best la jua study mketing ni.. mencabar.. boleh tahan la kan.. harap2 dpt la hbiskan terokaan utk smua topic dlm masa kurang dri 3 hari lagi.. Astaghfirula.. 3 hari?? ermm..


ok.. as student, we must try our best right.. lgpun last paper joo... must give all out.. InsyaAllah.. mohon doa dari Allah smoga dpermudahkan... amin.. to all my classmaterr.. wish we can answer it... study jan tak study k.. last pper tuk sem ni..harap xda yg repeat.. aminn... wish the best for me.. 


cayo2 sueee...study hardly,badly,killerly, and of course no stress ok.. ^^


nyte bloggerrrerrss.. Assalamualaikum. smoga Allah mlindungi kita.. amin.. 

Tuesday, 15 November 2011

Siapa Yang Patut Kita Sayang




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :






Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?






Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.






Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?






Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.







Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.








Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?






Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.









Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang ada disisi kita ..

Friday, 4 November 2011

dissapointed with myself... sorry mak, sorry pak, mybe this sem i cannot give you both my good result as last sem... this sem, i act here with very bad attitude.. i become a stubborn person, lazy(too lazy) , late to class..and so many bad thing i do...argghhh... angry with myself...soryyy....!! mybe not this sem ... ;(  i bad...